Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabily OS untuk Muslim

Apakah Sabily?



Sabily adalah sistem operasi, seperti MS Windows atau Mac OS X. Sabily adalah percuma, sudah termasuk semua perisian yang anda perlukan dalam tugas sehari-hari anda, dan disesuaikan secara khusus untuk umat Islam. Sabily menggunakan sistem operasi Ubuntu sebagai asas. Ubuntu adalah distribusi GNU / Linux yang tujuannya adalah untuk menyediakan yang mudah, up-to-date, sistem yang stabil dan bebas, juga untuk syarikat. Sabily mengkustomisasi Ubuntu dengan memadam, mengubahsuai dan menambah perisian, dan juga menyesuaikan desain grafik untuk membuat sebuah sistem diadaptasi untuk kaum Muslim.

Antara perisian yang terdapat dalam sabily ialah;

  • sabily-artwork: customized usplash, GDM theme, Metacity theme, cursor, wallpapers etc.
  • minbar: Islamic prayer times application
  • zekr: Quranic Study Tool
  • zekr-quran-recitation-online-*: all available online recitations
  • zekr-quran-translation-*: all available translations
  • monajat: application that popups prayers every predetermined time
  • firefox-praytimes: Firefox extension that displays Islamic daily prayer times
  • webstrict: UI frontend to DansGuardian (web content filtering tool)
  • nanny: parental control system
  • thawab: Electronic Encyclopedia System
  • hijra: Islamic calendar
  • mus-haf Othman : Othman Quran Browser
  • noor: Quran viewer
  • fsool: abbreviated chapters in the Messenger vita
  • rejaal: Men around the prophet


Sabily versi 10.04 dengan kod nama Manarat telah dilancarkan pada akhir Jun 2010 yang lalu. Beberapa gambar Sabily Manarat yang telah saya pasang pada sistem saya.

Perisian Minbar dan Monajat akan berjalan secara automatik. Namun ia boleh dimodifikasikan kemudian.



Antara perisian Islam yang terdapat didalam Sabily Manarat.



Beberapa tetapan yang boleh dimodifikasikan.



Perisian Nanny menggantikan Webstrict. Nanny dan Webstrict adalah perisian yang boleh mengawal akses dan menapis penggunaan internet. Ia dibangunkan khas untuk mengawal penggunaan internet anak-anak oleh ibubapa.



Beberapa wallpaper yang terdapat didalam Sabily Manarat. Sama seperti Ubuntu cuma terdapat satu untuk Sabily Manarat.



Ingin mencuba Sabily? Anda boleh mendapatkan Sabily dengan memuat turunnya daripada laman web rasmi Sabily di http://www.sabily.org/website/index.php/en/sabily/downloads .

Jika anda menghadapi masalah untuk memuat turun kerana capaian internet yang bermasalah, anda boleh juga boleh memesan DVD Sabily di emel saya, gemilang2u2@gmail.com dengan menyertakan nama dan alamat. DVD Sabily Manarat adalah berharga RM10 sahaja. (Tidak termasuk Kos Penghantaran)

Atau sila isikan maklumat dibawah;