Ubuntu
Ubuntu 10.10 (Maverick Meerkat) | |
Syarikat / Pembangun | Canonical Ltd. / Yayasan Ubuntu |
---|---|
Keluarga OS | Ala Unix |
Keadaan | Semasa |
Model sumber | Perisian bebas dan sumber terbuka |
Keluaran asal | 20 Oktober 2004 |
Versi stabil terkini | 10.10 (Maverik Meerkat)/ 10 Oktober 2010 )[1] |
Bahasa yang ada | Lebih 55 bahasa |
Kaedah pengemaskinian | APT (terdapat bahagian depan) |
Pengurus pakej | dpkg (terdapat bahagian depan seperti Synaptic) |
Pelantar disokong | IA-32, x86-64, lpia, SPARC, PowerPC, ARM, IA-64 |
Jenis inti | Monolit (Linux) |
Antara muka pengguna lalai | GNOME |
Lesen | Terutamanya GNU GPL, pelbagai lesen lain |
Laman web | www.ubuntu.com |
Ubuntu ialah sistem pengendalian yang berasaskan edaran Linux Debian, memetik namanya sempena ideologi etika Afrika Selatan iaitu Ubuntu ("kemanusiaan untuk semua")[2] dan diedarkan sebagai perisian sumber terbuka percuma. Ubuntu menyediakan sistem pengendalian yang sentiasa dikemas kini dan stabil untuk pengguna biasa, dengan tumpuan khusus kepada kebolehgunaan dan kesenangan pemasangan. Ubuntu telah dipilih oleh para pembaca laman web desktoplinux.com sebagai edaran Linux yang terlaris, iaitu pada kira-kira 30% pemasangan desktop Linux pada tahun 2006 dan 2007.[3][4]
Ubuntu terdiri daripada berbilang pakej perisian yang kebanyakan besarnya diedarkan dengan lesen perisian bebas (atau sumber terbuka). Lesen utama yang digunakan ialah Lesen Awam Am GNU (GNU General Public License), bersama dengan Lesen Awam Am Kecil GNU (GNU Lesser General Public License), yang nyata mengisytiharkan bahawa para pengguna bebas menjalankan, menyalin, mengedar, mengkaji, mengubah, membangunkan dan menambah baik perisiannya. Ubuntu ditaja oleh syarikat Canonical Ltd. yang bertapak di UK, milik usahawan Afrika Selatan, Mark Shuttleworth. Dengan memastikan Ubuntu kekal percuma dan bersumber terbuka, Canonical mampu menggunakan bakat para pembangun komuniti di komponen-komponen juzuk Ubuntu. Ubuntu tidak dijual untuk keuntungan semata-mata, sebaliknya Canonical meraih pendapatan dengan menjual sokongan teknikal dan mencipta sebilangan perkhidmatan yang berkaitan dengan Ubuntu.
Canonical mendukung dan menyalurkan sokongan kepada tiga lagi sistem pengendalian yang diterbitkan dari Ubuntu, iaitu Kubuntu, Edubuntu dan Ubuntu Server Edition. Terdapat beberapa lagi sistem pengendalian terbitan lain termasuk versi-versi bahasa tempatan dan perkakas tertentu.[5]
Canonical mengeluarkan versi baru Ubuntu enam bulan sekali dan menyokong setiap versinya selama 18 bulan dengan menyediakan pembaikian keselamatan, menampal pepijat kritikal dan mengemas kini program secara kecilan. Versi LTS (Long Term Support) yang dikeluarkan dua tahun sekali pula,[6] disokong selama tiga tahun untuk desktop dan lima tahun untuk pelayan.[7]
Sejarah dan proses pembangunan
Ubuntu ialah salah satu cabang tapak kod projek Debian.[8] Tujuan asalnya adalah mengeluarkan versi baru Ubuntu enam bulan sekali, maka terhasilnya sistem yang sentiasa dikemaskini. Keluaran pertama Ubuntu adalah pada 20 Oktober 2004.[9]
Ubuntu dikeluarkan sebulan selepas keluaran GNOME.[10] Berbanding dengan cabang-cabang Debian lain yang banyak menggunakan tambahan hak milik dan sumber tertutup, Ubuntu mengutamakan perisian bebas, dan hanya membuka sedikit ruang untuk pemacu perkakas hak milik.[11]
Pakej-pakej Ubuntu berasaskan pakej-pakej dari cabang Debian yang tidak stabil. Kedua-dua edaran tersebut menggunakan format pakej deb dan alat pengurusan pakej (APT and Synaptic) dari Debian. Namun begitu, pakej-pakej Debian dan Ubuntu tidak semestinya saling serasi, apalagi kadang-kadang pakej .deb perlu dibibina semula dari sumbernya untuk digunakan dalam Ubuntu.[12] Ramai pembangun Ubuntu turut bertugas sebagai penyelenggara pakej-pakej utama dalam Debian. Ubuntu bekerjasama dengan Debian dengan berkongsi perubahannya dengan Debian,[13] tetapi ada desas-desus bahawa ini tidak selalunya dilakukan. Sebelum ini, Ian Murdock, pengasas Debian, meluahkan kebimbangan bahawa pakej-pakej Ubuntu mungkin jauh menyimpang dari Debian Sarge semata-mata demi keserasian.[14] Sebelum dikeluarkan, pakej-pakejnya diimport dari Debian Unstable tanpa henti lalu digabungkan dengan pengubahsuaian khusus Ubuntu. Sebulan sebelum dikeluarkan, importnya dibekukan, kemudian diusahakan oleh pempakej untuk memastikan ciri-ciri beku tersebut serasi apabila dijalankan serentak.
Ubuntu kini dibiayai oleh Canonical Ltd. Pada 8 Julai 2005, Mark Shuttleworth dan Canonical Ltd mengumumkan penubuhan Yayasan Ubuntu dan menyalurkan dana pendahuluan sebanyak AS$10 juta. Tujuan yayasan tersebut adalah memastikan sokongan dan pembangunan untuk semua versi Ubuntu akan datang. Mark Shuttleworth menyifatkan yayasan ini sebagai "tabung kecemasan" (seandainya berakhirnya penglibatan Canonical).[15]
Pada 12 Mac 2009, Ubuntu mengumumkan sokongan pembangun untuk platform pengurusan awan pihak ketiga, seperti yang digunakan untuk Amazon EC2.[16]
Ciri-ciri
Ubuntu memberikan tumpuan kepada kebolehgunaan[17] dan keselamatan. Pemasang Ubiquity membolehkan Ubuntu dipasang dalam cakera keras dari dalam persekitaran Live CD tanpa perlu mengebut semula komputer sebelum dipasang. Ubuntu juga menekankan kebolehcapaian dan pengantarabangsaan untuk dinikmati seberapa banyak pengguna yang termampu. Mulai versi 5.04, UTF-8 menjadi pengekodan aksara asal[18] yang membolehkan sokongan untuk pelbagai tulisan bukan Rumi. Sebagai ciri-ciri keselamatan, alat sudo digunakan untuk memberikan keistimewaan sementara untuk menjalankan tugas-tugas pentadbiran, maka membolehkan akaun akar kekal dikunci, serta melarang pengguna tidak berpengalaman dari tidak sengaja melakukan perubahan sistem yang memudaratkan atau membocorkan keselamatan.[19] PolicyKit turut dilaksanakan secara meluas ke dalam desktop untuk memperkukuhan lagi sistem melalui prinsip keistimewaan terkurang.
Ubuntu sedia dipasang dengan beraneka perisian termasuk OpenOffice, Firefox, Empathy (Pidgin bagi versi sebelum 9.10), Transmission, GIMP (sehingga 9.10), dan beberapa permainan ringan (seperti sudoku dan catur). Ubuntu membolehkan port perangkaian ditutup dengan tembok apinya, dengan adanya pilihan port yang tersuai. GNOME (desktop asal) menawarkan sokongan untuk lebih 46 bahasa.[20] Ubuntu juga boleh menjalankan banyak program yang direka untuk Microsoft Windows (seperti Microsoft Office), melalui perisian Wine atau mesin maya (seperti VMware Workstation atau VirtualBox).
Pemasangan
Pemasangan Ubuntu biasanya dilakukan dengan Live CD. Sistem pengendalian Ubuntu juga boleh dijalankan terus dari CD (walaupun prestasinya berkurangan), membolehkan pengguna menguji sistem pengendaliannya untuk keserasian perkakas dan sokongan pemacu. CD-nya mengandungi pemasang Ubiquity,[21] yang boleh menberi panduan kepada pengguna melalui proses pemasangan tetap. Pemasangan dari CD memerlukan sekurang-kuranya 256 MB RAM.
Canonical menawarkan sistem CD pemasangan Ubuntu[22] and Kubuntu[23] tanpa harga, termasuk pengeposan berbayar untuk kebanyakan destinasi di seluruh dunia (via a service called ShipIt).
Alat migrasi Microsoft Windows bernama Migration Assistant (diperkenalkan pada April 2007),[24] boleh digunakan untuk mengimport penanda laman, paparan latar (wallpaper), dan bermacam-macam tetapan dari pemasangan MS Windows sedia ada ke pemasangan Ubuntu yang baru.[25]
Ubuntu dan Kubuntu boleh dibut dan dijalankan dari pemacu kilat USB (asalkan BIOS-nya menyokong pengebutan dari USB), dengan pilihan menyimpan tetapan dalam pemacu kilat tersebut. Ini membolehkan pemasangan mudah alih yang boleh dijalankan di mana-mana PC yang mampu mengebut dari pemacu USB.[26] Di versi-versi terbaru Ubuntu, program USB creator disediakan untuk memasangkan Ubuntu pada pemacu USB (tidak semestinya memerlukan Live CD).
Wubi yang disertakan sebagai pilihan dalam Live CD,[27] membolehkan Ubuntu dipasang dan dijalankan dari dalam peranti gelung Windows maya (berbentuk fail imej besar yang diuruskan seperti program Windows yang lain melalui Panel Kawalan). Kaedah ini tidak memerlukan pemacu keras pengguna Windows itu dipecahkan. Wubi juga memanfaatkan Migration Assistant untuk mengimport tetapan juga. Wubi sesuai untuk pengguna Windows sahaja, dan tidak ditujukan kepada pemasangan Ubuntu tetap, apalagi menyebabkan prestasi terjejas sedikit.
Keluaran
Versi | Nama kod | Tarikh keluaran | Disokong hingga | |
---|---|---|---|---|
Desktop | Pelayan | |||
4.10 | Warty Warthog | 2004-10-20 | 2006-04-30 | |
5.04 | Hoary Hedgehog | 2005-04-08 | 2006-10-31 | |
5.10 | Breezy Badger | 2005-10-13 | 2007-04-13 | |
6.06 LTS | Dapper Drake | 2006-06-01 | 2009-07-14 | 2011-06 |
6.10 | Edgy Eft | 2006-10-26 | 2008-04-25 | |
7.04 | Feisty Fawn | 2007-04-19 | 2008-10-19 | |
7.10 | Gutsy Gibbon | 2007-10-18 | 2009-04-18 | |
8.04 LTS | Hardy Heron | 2008-04-24 | 2011-04 | 2013-04 |
8.10 | Intrepid Ibex | 2008-10-30 | 2010-04-30 | |
9.04 | Jaunty Jackalope | 2009-04-23 | 2010-10-23 | |
9.10 | Karmic Koala | 2009-10-29 | 2011-04 | |
10.04 LTS | Lucid Lynx | 2010-04-29 | 2013-04 | 2015-04 |
10.10 | Maverick Meerkat | 2010-10-10 | 2012-04 | |
11.04 | Natty Narwhal | 2011-04-28 | 2012-10 | |
Warna | Erti | |||
Merah | Keluaran tidak disokong lagi | |||
Hijau | Keluaran masih disokong | |||
Biru | Keluaran masa depan |
*SJP, sokongan jangka panjang.
Setiap Keluaran Ubuntu mempunyai kod nama dan nombor versi. Nombor versi adalah berdasarkan tahun dan bulan dari keluaran.[28] Sebagai contoh, keluaran Ubuntu yang pertama, 4.10, telah dikeluarkan pada 20 Oktober 2004.
Keluaran Ubuntu juga diberi nama kod beraliterasi yang terdiri daripada kata sifat dan nama haiwan dalam bahasa Inggeris (cth., "Dapper Drake" and "Intrepid Ibex"). Nama-nama kod ini dikeluarkan mengikut susunan abjad (kecuali tiga keluaran pertama) supaya mudah untuk mengenal pasti kebaruan setiap keluaran.
Varian
Terdapat beberapa varian Ubuntu yang rasmi dan tak rasmi, kesemuanya ada set pakej yang berlainan dari edaran Ubuntu asli.
Terbitan rasmi menyimpan pakej dan kemaskini dalam repositori yang sama dengan Ubuntu, agar perisian yang sama disediakan untuk setiap satunya, dan secara amnya serasi sesama terbitan rasmi. Terbitan Ubuntu yang disokong sepenuhnya oleh Canonical ialah[5]
- Kubuntu, edaran desktop yang menggunakan KDE sebagai ganti GNOME
- Edubuntu, subprojek berasaskan GNOME dan tambahan untuk Ubuntu, direka untuk persekitaran sekolah dan pengguna rumah[29]
- Ubuntu Server Edition
Berikut adalah terbitan tajaan Canonical:
- Xubuntu, edaran "ringan" berasaskan persekitaran desktop Xfce sebagai ganti GNOME, direka untuk berjalan lebih lancar dalam komputer berspesifikasi rendah
- Ubuntu MID Edition, edisi Ubuntu yang menyasarkan peranti Internet mudah alih.[30]
- Ubuntu Netbook Remix,[31][32] direka untuk kegunaan netbook dan peranti mudah dibawa yang lain
- Ubuntu JeOS, "Just enough Operating System" untuk perkakas maya[33][34]
Berikut adalah terbitan bukan sokongan Canonical yang menggunakan teras Ubuntu dengan persekitaran desktop dan/atau pengurus tetingkap yang berbeza:
- Fluxbuntu, terbitan dengan pengurus tetingkap Fluxbox
- Lubuntu, satu lagi pilihan "ringan" tetapi Xubuntu, menggunakan LXDE di tempat Xfce
Varian tidak rasmi, terbitan tanpa tajaan, dan bermacam-macam penyetempatan dan penyesuaian yang tidak dikawal atau dipandu oleh Canonical secara amnya menggemburkan penyesuaian yang direka untuk tujuan-tujuan tertentu. Contohnya: Easy Peasy, Linux Mint, gOS, OpenGEU, Super OS, CrunchBang Linux, dan perisian percuma sepenuhnya yang mengandungi Gobuntu (diganti oleh gNewSense).
Keperluan sistem
Versi desktop Ubuntu kini menyokong seni bina Intel x86, AMD64, dan ARM.[35] Sesetengah keluaran pelayan juga menyokong seni bina SPARC.[36][37] Juga terdapat sokongan tidak rasmi untuk seni bina PowerPC,[38] IA-64 (Itanium) dan PlayStation 3.
Desktop & Laptop[39] | Pelayan[39] | ||
---|---|---|---|
Diperlukan | Disyorkan | ||
Pemproses | 300 MHz (x86) | 700 MHz (x86) | 300 MHz (x86) |
Ingatan | 256 MB | 384 MB* | 64 MB |
Muatan Pemacu cakera keras | 4 GB[40] | 8 GB[40] | 500 MB |
Kad video | VGA @ 640×480 | VGA @ 1024×768 | VGA @ 640×480 |
* Dibolehkan kesan komposit
Sambutan
Kaji selidik yang dijalankan pada Ogos 2007, melibatkan 38,500 pengunjung DesktopLinux.com, mendapati bahawa Ubuntu ialah edaran yang terlaris dengan 30.3% penjawabnya mengaku menggunakannya.[4]
Pada Januari 2009, akhbar New York Times melaporkan Ubuntu melebihi 10 juta penggunanya; pada bulan Jun 2009 pula, ZDNet melaporkan "Di seluruh dunia, terdapat 13 juta pengguna Ubuntu yang aktif. Penggunaan Ubuntu bertumbuh lebih cepat berbanding edaran-edaran yang lain."[41][42]
Ubuntu dianugerahkan Reader Award untuk edaran Linux terbaik di LinuxWorld Conference and Expo 2005 di London,[43] diberi ulasan memberangsangkan dalam media Internet dan cetak,[44][45][46] dan juga meraih Bossie Award InfoWorld 2007 untuk Best Open Source Client OS.[47]
Jamie Hyneman, salah seorang pengacara siri televisyen Mythbusters, telah meluahkan sokongannya kepada Linux, khususnya Ubuntu sebagai contoh, sebagai alternatif kepada perisian hak milik, atas sebab pengembungan perisian ("software bloat") menjadi penghalang utama dalam sistem pengendalian hak milik.[48][49]
Sungguhpun demikian, Ubuntu tidak terlepas ulasan yang tidak memuaskan. Pada awal tahun 2008, majalah PC World mengutuk tiadanya pengurus kesan desktop bersepadu, apapun majalah tersebut masih menggelar Ubuntu sebagai "edaran Linux menyeluruh terbaik yang ada hari ini".[50]
0 comments:
Post a Comment